f

OBJEKTIF MAAHAD TAHFIZ WAL TARBIYYAH DARUL IMAN (MTT)
  1. Ke arah membina generasi muslim terpelajar yang mampu menyebarkan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta menguasai perkembangan semasa dan teknologi terkini.
  2. Mengajar ilmu-ilmu Islam yang menekankan asas pembangunan manusia dari semua sudut.
  3. Melahirkan pelajar-pelajar yang menghafaz Al-Quran dan mampu berbahasa arab.
  4. Mendidik generasi muda dengan budi pekerti yang mulia berasaskan akhlak Islam
  5. Menanam cita-cita perjuangan Islam untuk memajukan masyarakat dan umat
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN ISLAM adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, peribadi dan pandangan hidup, sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat.

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
OBJEKTIF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Membangunkan sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia

  • Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua
  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.


BORANG DATA & TEMUDUGA #IntakeMTT2027 (Klik)
  • 05 - 07/12/2026 (Siri I)
  • 12 - 14/12/2026 (Siri II)

  • **8.30pg - 1.30tghari

    QR PAY @ MTT
    KERJAYA @ MTT
    Tiada Kekosongan Jawatan Buat Masa Ini

    PORTAL PELAJAR MTT
    YURAN BULANAN MTT 2026
    • RM430.00/Pelajar Asrama
    • RM230.00/Pelajar Berulang

    Agenda [Oktober] 2026

  • 01 : Majlis Bacaan Yaasin SPM/STAM Mingguan
  • 01 : Kelas TVET 4AH/4IZ
  • 01 : Bengkel Dwibahasa
  • 04 : Majlis Penutup Bulan Penghayatan Al-Quran
  • 08 : Solat Hajat Perdana SPM/STAM
  • 09 : Daurah Berkitab Asrama
  • 11 : Usrah Murabbi
  • 12-02/11 : Peperiksaan STAM
  • 12 : Simulasi Haji
  • 15 : Bacaan Yaasin (Online) SPM/STAM
  • 18 : Majlis Perlantikan Kepimpinan
  • 22 : Puasa Sunat Perdana
  • 22 : Anugerah Juara Nasyid
  • 23 : SASMAT Aspuri
  • 24 : SASMAT Aspura
  • 25 : Kuliah Kitab Turath
  • 26-29 : Ujian Bertutur BM SPM
  • 28 : Kursus Sembelihan & Masakan
  • **Tertakluk Kepada Perubahan